

JABATAN KERJA RAYA
MALAYSIA
KEMENTERIAN KERJA RAYA


KELAB SUKAN DAN REKREASI
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
JABATAN KERJA RAYA


Program Cyber Day JKR 2024 yang bertemakan "Transformasi Teknologi Ke Arah Kecemerlangan Pendigitalan" adalah merupakan acara tahunan anjuran BTM, JKR yang memfokuskan kepada pendedahan dan kesedaran berkenaan kecanggihan teknologi digital terkini serta pengurusan impak penggunaan teknologi kepada kehidupan melalui pelbagai aktiviti dan hadiah menarik.
Pengenalan Teknologi Baru
Memperkenalkan dan mempromosikan teknologi siber terkini kepada peserta, termasuk perisian , alat , dan inovasi dalam bidang teknologi digital dan siber.
Jalinan
Perhubungan
Menyediakan platform untuk pegawai-pegawai kerajaan dan swasta, pegawai profesional, pengamal industri, dan pelajar dalam pelbagai bidang teknologi ICT untuk berhubung dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman.
Pendidikan dan Kesedaran
Meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan siber dan amalan terbaik dalam melindungi data peribadi. Antara pengisian yang berkaitan adalah seperti ceramah, bengkel, dan sesi latihan tentang cara mengelakkan ancaman siber.
Memperkukuh Kerjasama
Mewujudkan kerjasama antara agensi/kementerian kerajaan, organisasi swasta, dan badan bukan kerajaan untuk mendalami cabaran dan impak pendigitalan perkhidmatan
Rakan
Strategik









